Mega Open Day, Sejarah Tercipta

Mega Open Day, Sejarah Tercipta

Sejarah tercipta, Sejarah terukir dan mungkin sudah terpahat Indah dalam memori semua pihak yang terlibat. Dari sekecil-kecil peranan hinggalah sebesar-besar pengorbanan, anda tahu siapa anda. Jutaan Terima kasih tidak terhingga saya Ucapkan. Lega rasanya apabila Mega Open Day sudah melabuhkan tirai.

Hampir 2bulan, preparation yang telah kita semua rancang melibatkan Induk Mega Open Day, Fakulti serta Jabatan, ternyata semuanya berbaloi untuk dijadikan tanda Ingatan bahawa kerjasama semua pihak adalah penentu kejayaan Mega Open Day kali ini.

Tq YBhg Dato’ Presiden & Naib Canselor, Prof Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman yang masih memberi kepercayaan kepada saya buat kali ke-3 penganjuran bersama teman baik, En. Azman Kamal. Kami sudah cuba sehabis baik, salah & silap kami mohon Ampun. Buat Cikgu Amidi, Jasa Cikgu, Saya & Azman pasti akan kenang sampai bila2. Tq Cikgu

Selain itu, Tq Juga buat seluruh Pengurusan Universiti kerana turut terlibat dalam penganjuran kali ini. Sesungguhnya, komitmen ini tanda kerjasama erat sesama kita. Tahniah buat semua pihak termasuk semua Ketua Jawatankuasa serta Ahli dibawahnya, Saya salute anda semua. Awesome memang Awesome..!!!

Buat semua Agensi Luar yang terlibat kali ini dalam memberi kerjasama seperti MDKS, PDRM serta banyak lagi yang tidak mampu saya nyatakan satu persatu, anda semua terbaik, terbaik & terbaik. Buat Smart Selangor selaku penaja utama penganjuran kali ini, terima kasih tidak terhingga kerana sentiasa support kami disini.

Buat semua para pelajar Universiti Selangor Kampus Bestari Jaya, terima kasih atas sokongan anda semua, memang awesome. Manakala buat para pelajar dari Kampus Shah Alam yang sudi hadir kali ini ke Kampus Bestari Jaya, anda semua Juga layak diberikan skala pemarkahan 150% jika itu adalah perumpamaannya.

Tq tidak terhingga.

UNISEL AWESOME..!!!

Sebelum mengakhiri statement, Ampun maaf sekali lagi jika saya mungkin terkasar, maybe akibat tekanan kuat penganjuran kali ini. Saya cuma manusia biasa yang tidak terlepas melakukan kesalahan. Kepada yang saya tidak mention, atau terlepas pandang Juga, ampun maaf. Tq semua, & mungkin kita boleh berkerjasama lagi nanti.

Akhirnya..!!!

Last untuk rekod bersama, Dengan Confident berdasarkan sambutan serta Jumlah kehadiran. Sukacita saya maklumkan, rekod penganjuran Hari Terbuka 1.0 serta 2.0 di Shah Alam telah berjaya dipecahkan oleh Mega Open Day 3.0 kali ini. Tahniah YBhg Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Tahniah Bestari Jaya, Tahniah Komuniti Setempat & Tahniah UNISEL.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *