Naib Canselor UNISEL Terima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat UNISEL 1439H

Naib Canselor UNISEL Terima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat UNISEL 1439H

Seramai 700 peserta yang terdiri daripada kakitangan akademik dan pentadbiran serta persatuan pelajar Universiti Selangor (UNISEL) telah menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1439H.

Perarakan yang bermula pada jam 7 pagi itu menyaksikan penyertaan sebanyak 22 buah kontinjen terdiri daripada fakulti dan jabatan pentadbiran yang bergabung dari kedua-dua buah kampus, Bestari Jaya dan Shah Alam berarak bermula di Pusat Islam UNISEL ke Dewan Canselor UNISEL Kampus Bestari Jaya.

Acara diteruskan dengan ucapan aluan daripada Presiden dan Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman. Acara turut diselangi dengan berzanji, nasyid dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang diketuai oleh Ustaz Abdul Rahman Ridewan, Pegawai Agama merangkap Imam 1 Masjid UNISEL.

Menerusi program yang sama, UNISEL telah menganugerahkan Anugerah Tokoh Maulidur Rasul 1439H Peringkat UNISEL kepada Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman atas jasa dan sumbangan beliau yang telah berjaya menaikkan nama UNISEL menerusi tagline Peneraju Transformasi.

Dalam pada itu, turut diadakan adalah majlis penyampaian hadiah bagi kategori Sepanduk Tercantik dan Perbarisan terbaik sempena program perarakan Maulidur Rasul. Bagi kategori Sepanduk Tercantik telah dimenangi oleh Pejabat Bendahari (Pentadbiran), Jabatan Kejuruteraan (Akademik) dan Persatuan MGAN (Persatuan Pelajar).

Manakala bagi kategori Perbarisan pula dimenangi oleh Pejabat Pendaftar (Pentadbiran), Fakulti Perniagaan dan Perakaunan (Akademik) dan Persatuan Ijazah Pengajian Islam (Persatuan Pelajar).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *